Manuskrip aku dah nak siap.

 Bi Iznillah.

Aku dan rakan-rakan projek Buku Solo didikan Mak Sri Diah Shaharuddin telah masuk ke peringkat seterusnya.
Editorial, grafik, dan lain-lain. Masya Allah. Mudahan Allah lancarkan segala urusan.
Untuk manuskrip ini ditulis memerlukan aku untuk berfikir lebih dari 50 kali.
Setiap kali menulis, pasti ada terdetik rasa "Aku tak nak cerita! Aku tak nak cerita! Nanti orang tahu,"
Setiap kali sampai babak seterusnya, aku menangis lagi. Aku belum sanggup lagi nak cerita punca utama kepada terhasilnya manuskrip ini. Dan aku tak tahu nak mengolah perasaan marah, dan benci, dan meraungnya jiwa aku ketika dengar cerita itu.
Dan, hinggalah ke bab akhir.
"Kalau aku tak cerita, tak ada siapa pun akan cerita. Aku cuma nak mereka tahu, syaitan itu akan menyamar dari fikiran dan tubuh seorang budak berusia 12 tahun, maka, kesedaran itu yang aku nak ada pada mak ayah hari ini"
Aku tak nak kalian merasai kesakitan yang aku pernah rasa, maka terhasillah manuskrip ini.
Aku nak anak kalian selamat, maka aku gigihkan juga menulis manuskrip ini.
Aku nak kalian tahu, walau sebanyak mana usaha kita pastikan anak kita selamat, itu sekadar usaha yang sekelumit cuma, yang benar-benar memastikan anak itu selamat hanya Allah.
Kerana Allah beri teguran kepada aku, kerana Allah nampak aku mulai leka dengan kerja dan karier.
Sesungguhnya, di tangan Allah itulah segala kebaikan itu berlaku.
Ya Allah, redakan manuskrip ini terhasil demi kemaslahatan ummah.



Kaver ni design aku sendiri. Belum finalize pun dari penerbit.


Comments

Popular posts from this blog

Rekod homeschooling~

✨ Homeschool Tak Semestinya Perfect, Tapi…